Gambar sekadar hiasan |
Aku memang agak upset with seorang hamba Allah yang sentiasa nak berlagak alim depan aku. Konon dialah yang paling alim, sampai semua yang orang sekeliling buat semua tak betul. Aku pun heran, tapi aku faham, may be sabab dia nampak AMAT alim, maka orang lain anggap bila dia melahar, tu kira macam dia nasihat. Bila dia mengata & mengutuk orang lain, tu kira macam dia meluahkan isi hati yang tak tertahan sebab terpaksa menanggung dosa melihat & mendengar. Tapi seriously, aku menyampah!!!
Aku bukan anti orang alim, NO!! Aku pun Islam, yes, may be aku tak la alim, aku tak la fanatik. Aku adalah orang yang amat flexible, aku boleh masuk berkawan dengan Melayu, Cina, India, mat salleh, negro, semua aku boleh kawan. Tapi bila kau sampai tak mahu berkawan dengan orang yang seangkatan dengan kau, aku rasa kau something wrong somewhere!!!
Serious!! Aku paling tak tahan bila this type of people selalu buat joke yang aku rasa melampau & menjatuhkan maruah orang lain. Buat joke kutuk-kutuk orang sampai orang lain pandang semacam, its too much to me. Tapi sebab mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang alim, so, orang tak payah kata apa-apa ke?
Aku dah bersabar dengan orang nie agak lama, aku dah cuba nak terima dia but aku rasa, aku tak boleh. Mula-mula aku anggap dia nie 'bagus' sebab selalu menjaga agama tak kira kat mana pun tapi lama-lama aku rasa, dalam dia terlalu menjaga tu, ada banyak perkara yang orang lain makan hati & tersinggung dengan sika diaorang.
SATU
Pernah one time nie, masa tu dalam 2 tahun yang lepas. Aku baru resign and started as SAHM. Even itu adalah keputusan aku sendiri sebab tak tahan dah nak ambik bibik-bibik nie, but of course rasa tension nak adapt to the new situation tu tetap ada. Ye la, manakan nak masak, nak kemas rumah, nak siapkan anak pegi sekolah, nak menguruskan Kiranna Shop , tambah pulak, masa tu still ada banyak freelance job yang aku kena bereskan, amat tension ok!!!
Satu malam nie, En Zim balik lambat, ada meeting tak silap.. Masa aku tengah sibuk-sibuk kat dapur, si dua beradik tu tah main apa tah, tetiba jer aku tengok, bedak dah bertaburan atas lantai & carpet. Bukan sikit punya bedak, ini bedak baby botol pureen yang paling besar tu ok!!! Aku baru lepas masak, lepas kemas dapur, baru ingat nak rehat, tup tup tup, lautan bedak kat tengah-tengah rumah...
My question is: ADA TAK MANA-MANA EMAK/MAMA/MUMMY/IBU yg akan tersenyum simpul lepas tengok carpet warna merah jadi putih? ADA TAK MANA-MANA EMAK/MAMA/MUMMY/IBU yang akan kata, "pandai anak mak, buat la lagi, pergi ambik bedak lagi sebotol!!!". Nak-nak emak yang dah penat tak hengat satu hari buat kerja. Kalau ada antara korang yang rasa korang terdiri daripada golongan emak yang tersenyum simpul & memberi puji-pujian pada anak-anak dia, sila contact aku cepat. Senang aku nak simpan contact no korang, so that bila jadi lagi kat rumah aku macam nie, aku boleh call korang tolong settlekan rumah aku...
Aku pun mula la bising, membebel, marah-marah, etc. Dan secara tak langsung, aku jamin, suara aku tu boleh dengar sampai luar rumah. Tapi masih terkawal, tak la sama macam suara aku bila aku jeritkan student yang dok menggatal dengan laki orangsampai bini lelaki tu datang asrama serang. Tak la sama dengan suara aku yang mengamuk bila aku kena pergi balai polis jemput student2 aku atas kesalahan tertentu...
Bila En Zim balik, aku cerita kat dia pasal kehebatan anak-anak dia buat lautan bedak. Nak tahu apa En Zim kata?
"I tahu, si polan nie dah call I tadi. Dia kata you mengamuk macam orang gila,"
Mak aii, who are you to call my husband and cakap aku macam orang gila? Aku memang bengang, tapi sebabkan dia tu AMAT alim, aku berserah je la.
But, kuasa Tuhan kan, bila anak-anak dia yang semuanya lelaki tu mula besar sikit, mula lasak, mula start buat sepah sampai rumah dia jadi macam tongkang pecah, suara dia pun mula mengganas. Tiap kali suara dia menjerit macam orang nampak hantu, aku memang selalu perli & cakap kuat-kuat kat depan En Zim, "eh, orang alim pun jerit2 macam orang gila kan? Dulu cakap I, sekarang Tuhan tunjuk, ambik kau!!!"... Aku tak habis sampai situ ok, ada sekali tu, dia tengah marah-marah anak dia depan orang, aku terus mencelah, "Biasalah POLAN, dulu kau kata aku mengamuk marahkan anak macam orang gila, sekarang kau pulak la yang jadi gila..."
Ok, nanti2 aku update lagi, ok?
No comments:
Post a Comment