eat pray love - leen

Thursday, June 21, 2012

KENAPA GANGGU AKU & DIA???

Ok, aku mmg malas nak layan benda-benda macam nie. Tapi kalau perkara macam nie berlaku kat mana-mana perempuan esp yang bernama ISTERI, aku amat pasti mesti akan jiwa kacau punya.

Pernah rasa macam mana rasanya bila orang yang kita kenal, yang kita baik, yang pernah kita bagi makan, yang pernah kita bagi tumpang tidur kat rumah kita.. tiba-tiba kita dapat tahu, dia memang ada hati dengan laki kita? Tuhan aje yang tahu apa & macam mana rasanya.

Aku bukan nak mengungkit apa yang aku dah pernah tolong tapi bila manusia tak pernah ada rasa sedar diri, may be macam nie la jadinya. Ya, memang aku agak down mulanya. Habis aku soal satu satu tapi bak kata kawan aku, Ayu, 'Never compare your love story with those in the movies, because they are written by scriptwriters. Yours is written by God......' 

Aku terima setiap dugaan yang datang sebab Dia takkan memberinya jika hamba-Nya tidak kuat untuk mengharunginya. Dan aku dikurniakan kekuatan & masih percaya pada dia. 

Jadi wahai perempuan meroyan, sudah-sudahlah tu. Kau pun dah jadi bini orang. Kalau betul pun kau ada 'rasa' pada laki aku selama nie, kau tilik balik diri kau. Sebelum tidur malam, kau pandang muka laki kau & kau carilah jawapannya sendiri. 

Aku paling tak boleh blah bila kau boleh tanya aku, "Kak L sentap ke?"

Yes, you never mentioned my husband's name. But when somebody wrote it as #z###n, its easily guess kan? Lagipun kalau diikutkan sejarah, macamlah ramai sangat lecturer yang baik dengan kau. The worst part, you not even TRY TO DENY it. Lagi kau tanya aku sentap ke??? Akai ada???

Remember, WHAT GOES AROUND COMES AROUND!!!

Monday, February 6, 2012

LIFE

Life is like a drop of water,
every drip fills your life.

Life is like a blooming flower,
when your life gets better.

Life is like a roller coaster,
when your life gets bumpy.

Life is like a butterfly,
at first it isn’t perfect, but it’ll slowly become one.

Life is like a mountain,
at first it’s tiring, but when you reach on top, it’s worth it.

Life is like you and me,
because it’s what we go through every single day.

We Grow

It is unbelievable how we grow up. Especially when these growing ups lead to so many changes in our lives. It is uncanny how opportunities arise; how somebody else would find something that you’ve lost.

I’ve lost a lot, and while these mortifications happened to me, I see a whole new chapter of my previous chagrin in another’s life. 

Then, I just realize that maybe growing up and moving on isn’t bad after all.
I feel that when one searches enough, the world will give us a break; and if we can continue searching with confidence, we’ve grown and changed.

And I understand
We grow.

Tuesday, January 31, 2012

My Husband, My Love & My Life



Ada orang pernah tanya aku,:

“Husband Kak Eleen tu orang politik ker? Selalu tengok keluar tv & paper”

Err, termenung kejap aku nak menjawabnya. Macam mana nak jawab yer? Nak bagi jawapan based on sekarang ker, yang dulu? Last2, aku jawab, “TAK LA”

To whom that know my husband for quite a long time, I know what do you have in mind. “TIPU,” and what else?

Aku tak tipu, sebab orang tu tanya aku, husband aku orang politik ke, so my answer based on the present one. But he WAS once upon a time.

Tuhan tu Maha Kaya, Maha Berkuasa. Arwah atuk aku was in politic arena dulu, and lepas dia melepaskan diri dari bidang tu, tak ada satu pun anak-anak dia, mahupun sekarang nie, cucu-cucu dia yang brminat nak mencuba mendekatkan diri dengan politik. NONE ok!!! Setakat bercakap-cakap pasal politik masa time nak dekat pilihanraya tu ada la, tapi be get involve into it,TIADA, ZERO.

Ya, aku pernah di approach untuk join tapi aku tak mahu mencuba. Setakat jadi tukang sokong member yang join tu, bolehlah. Takdir menemukan aku dengan Azimin,and guess what??? Amat terperanjat ya amat bila aku dapat tahu dia masa tu sedak aktif berpolitik. Nak buat macam mana kan, so, I just let it be la. Takkan aku nak cakap, “kalau nak kawan dgn I, jgn la join politik nie.” Kang buatnya dia tak jadi kawan dgn aku, ambik kau!!

When our relationship became more serious, and I can see the ‘political’ issue tu sedikit sebanyak buat relationship kitaorang jadi agak ‘panas’. Sebabnya, aku adalah insan yang TIDAK berminat dengan isu-isu politik nie. Kau cakap la apa pun, sah-sah aku jungkit nahu. Paling banyak aku jawab pun, “ENTAH” & “I TAK MASUK CAMPUR”.

And, a month after our marriage, laki aku resign dari politik-politik nie. It was a big surprised for me la kan sebab aku tahu, selama nie dia banyak scarified tapi dalam hati, aku happy sangat2!!!

To answer most of the questions yang ditanyakan kat aku, jawapannya HE WAS IN POLITIC ARENA BUT NO LONGER NOW…

Aku mahukan kehidupan macam orang biasa, aku mahu yang serdehana, yang tidak menyusahkan dan tidak membebankan. Jadi, aku rasa, aku & suami buat satu pilihan yang betul…

Sunday, November 27, 2011

MASA DIA MINTAK TOLONG, KITA TOLONG. MASA KITA???

Ok, mood nak menulis still ada. jadi kita sambung...
Siapa yang baru nak start baca, aku suggest korang baca 2 post yang terdahulu, which aku ada note kan SATU & DUA

TIGA

Si POLAN nie dengan laki dia selalu cerita yang diaorang selalu rasa sakit-sakit, esp laki dia. Bila pergi check doctor, doctor kata semua ok. Blood pressure ok, jantung ok, semua ok. But then, laki dia makin kurus, muka makin pucat macam tak de darah, sampai orang kat office pun banyak kali tegur. Dia ada ajak laki dia pergi berubat kampung tapi laki dia tak mahu. 

Nak dijadikan  cerita, dalam masa lai dia tak sihat tu, banyak kali jugaklah yang laki dia tak pergi kerja. Kalau pergi pun, tengahhari dah balik. Ada jugak aku tanya, dia just jawab, 'tak sihat' or 'tak sedap badan'. Lebih 2 minggu jugaklah keadaan dia macam tu. As a human, ikhlas dari hati aku, aku kesian. Tak kisahlah macam mana teruk pun diaorang pernah buat aku terasa, tak kisahlah yang diaorang selalu terang-terangan kata aku nie tak kenal agama, tapi orang dah sakit depan mata, aku tak de la rasa sikit pun nak kata padan muka ok!!!

One day nie, lepas hantar anak aku pergi sekolah (sekolah sessi petang), aku straight pergi Poslaju, bayar bil Poslaju. Poslaju tu bukan dekat dengan rumah ya, dekat area nak ke Nilai 3 tu. Tapi sebab aku dah kontrak dengan diaorang and aku lebih selesa bayar bil kat office sendiri daripada kirimkan kat staff yang datang ambik pick-up, so aku pergi. Lepas Poslaju, aku straight pergi Mantin, hantar barang kat customer. Masa on the way hantar barang tu, laki si POLAN nie call aku. Suara dia amat weak, amat sangat!!! 

Dia mintak tolong aku belikan lunch untuk dia sebab dia tak larat nak keluar. Aku cakap, "aku kat Mantin nie, lambat sikit la." Actually, lepas hantar barang kat Mantin, aku nak ke Kota Warisan, Sepang, rumah kawan aku. Tapi, tak pe la, aku boleh singgah balik rumah balik, hantarkan makanan untuk laki si POLAN nie. Fine, aku kesian. Maka terbatallah hasrat aku & anak aku yang kecik nie nak pergi makan lunch kat Tesco. Sebab aku plan nak lunch dulu sebelum pergi rumah member aku. Yelah, dia tengah dalam pantang, walau idak la beriya sangat pantangnya member aku nie, tapi aku tak nak la menyusahkan dia.

Aku siap beli makanan yang macam dia mintak, then baru aku pergi rumah kawan aku. 

After a month, laki si POLAN nie dah ok la. Then, diaorang pun nak pergi holiday sempena cuti sekolah agaknya. Aku memang ada cakap dengan dia yang aku nak pesan mintak dia tolong belikan chocolate, nanti aku bagi duit. Entah macam mana, tak sempat pulak jumpa dia, tahu-tahu dia dah pergi. Aku pun sms la dia, mitak tolong dia belikan chocolate tu, siap aku MMS lagi gambar chocolatenya kat si POLAN dengan laki dia. Aku hantar SMS & MMS kat dua-dua, ok!!

Hari si POLAN nie balik dari holiday dia, diaorang ada SMS laki aku, mintak tolong ambik diaorang kat airport. To be sincere, aku memang frust la sebab laki aku agree nak ambik diaorang kat airport sebab masa tu kitaorang kat KL and we plan for a movie pukul 5pm. Flight diaorang sampai airport dalam pukul 6.45pm, so that, masa tu pukul 4pm, we all rushing balik rumah.

Lepas laki aku balik dari ambik diaorang kat airport, laki aku bagitahu aku yang si POLAN tak beli chocolate yang aku pesan sebab dia kata diaorang tak faham apa yang aku nak suruh beli. Dia kata, tak tahu pun yang aku send tu gambar chocolate!!! WTF??? Aku rasa, kalau kau pergi kedai jual chocolate, tunjuk gambar yang aku MMS tu pun budak kedai tu boleh ambikkan!!! Aku amat confuse, aku capai i-phone laki aku, pergi kat message tu... ada MMS gambar chocolate, ada SMS yang kata "tolong belikan chocolate nie kat...." 

As usual, laki aku nie memang malas nak layan aku yang akan start bising-bising, dia buat tak tahu aje. Dia kata, "nanti kita pergi beli la kat airport.." Masalahnya, aku kalau nak beli kat airport, aku dah beli dah 2 hari lepas masa ambik laki aku balik dari Terengganu. Aku tak beli sebab harganya mak oiii... Aku mintak si POLAN nie beli kat kedai duty free kat sana tu sebab harganya 70% lagi murah daripada harga kat airport!!!

Tengah aku tarik muka 14, hp aku bunyi, si POLAN call aku. Aku memang malas nak jawab, but aku nak dengar apa yang dia nak kata.

Si POLAN: Sorry la u, kitaorang tak faham apa yang u mintak belikan... Gambar tu tak pernah tengok pun...

Aku: Tapi kat SMS tu kan ada tulis, chocolate...

Si POLAN: Tak perasan ada tulis coklat pun, jap check... U, u tulis CHOCOLATE, bukan coklat..

Aku: CHOCOLATE tu ejaan english. Tapi kalau tak faham, kenapa tak SMS or call tanya? Korang pun tetiap hari SMS, mintak tolong angkat kain la, itu la, jemput kat airport la, takkan tak boleh bagitahu yang korang tak paham I mintak beli COKLAT!!!

Si POLAN: Dah tanya KH (laki dia) dah, dia kata, tak faham, dah la, tak payah beli...

Aku: Ok la, nanti I beli sendiri kat airport

Si POLAN: U mengidam yer??? (tanya sambil suara manja yang buat aku rasa nak sepak ok!!!)

Aku: I don't need to be pregnant to eat chocolate, ok! Kalau aku mengidam, aku mintak benda yang lagi mahal!!

Aku tak faham apa motifnya:

1. For people so called EDUCATED, ada master, takkan kau tak faham CHOCOLATE tu bahasa mat salleh untuk coklat? Aku bukan guna bahasa Perancis pun sampai kau tak boleh nak faham??? Kesian betul, anak aku pun tahu CHOCOLATE tu apa maknanya!!

2. Mula2 kata kat kali aku, TAK FAHAM apa yang aku mintak belikan, then kata kat aku TAK PERASAN aku ada bagitahu suruh belikan chocolate, then cakap pulak, aku tak de tulis pun COKLAT, aku tulis CHOCOLATE (dia siap eja kat aku ya!!!).

3. Tak faham MMS aku hantar, tak pernah tengok rupa chocolate tu... fine.. Kat hp tu ada button REPLY kan? susah sangat ker nak SMS aku kalau kau berkira sangat nak call aku takut bill banyak? Just SMS me and ask me WTF that i'm asking to buy la!!! Stupid!!!

4. Tak tanya aku, tak SMS aku sebab laki dia kata, tak faham tak payah la beli... This part memang aku very upset sangat. Aku nie berkejar belikan makan untuk dia masa dia sakit, aku yang tolong itu ini masa laki dia tak larat nak pergi kedai, aku mintak tolong belikan chocolate pun berkira? Apalah jenis manusia nie

Ok, enough!!! Aku rasa, sampai sini la aku punya 'baik hati' nak tolong & bermesra dengan diaorang nie. Aku tak kemaruk ok, tapi aku rasa, bila kita tolong orang, and orang buat muka sampah bila kita mintak tolong, its too much!!! Aku nie, marah macam mana dengan orang pun, bila orang susah aku tetap ada rasa simpati. Tapi sesetengah orang tu, memang tergolong dalam golongan MANUSIA YANG MEMANG TAK PATUT KITA BUAT BAIK LANGSUNG!!!

*Seriously, aku pernah nampak one of my relatives yang banyak buat taik kat aku, sampai aku kena blacklist sebab dia guna nama aku, kereta rosak kat area rumah aku. Dia macam tergagau tak tahu nak buat apa, which aku tahu, dia takkan call or carik aku (dia larikan diri dr jumpa aku dalam 5 tahun, lepas tinggalkan hutang berpuluh ribu kat nama aku ok!!!). Aku nie, memang la tak berhenti kereta masa lalu kat situ, tapi aku capai jugak hp, call mak aku bagitahu yang adik dia terdampar keta rosak. Aku suruh mak aku pegi tengok...


Nie la CHOCOLATE yang aku nak, memang la tak mahal sangat, biasa2 jer.. Tapi, takkan nak kena tunggu aku pregnant baru orang terbukak hati nak belikan kan? Lagipun, aku bayar la!!!

BILA ORANG ALIM-ALIM MENGUTUK USTAZAH?

Ok, kita sambung kisah lagi...

DUA

Si POLAN yang aku kisahkan kat bawah tadi tu, senang cerita, anak dia mengaji kat tempat yang sama dengan anak aku. Tapi, anak dia nie jenis ikut suka nak datang ke tak, selalunya tak datang la kan. Kalau tak datang mengaji tu, bukan la kira sehari dua, kadang-kadang, terus sebulan. Bila aku tanya laki si POLAN nie, jawapan dia senang jer, "Senang, sebulan tak payah bayar duit ustazah..." Aku pun heran, kenapa la nak berkira sangat, sebab ustazah tu pun pada aku, tak la berkira. Pernah sekali tahun lepas, bulan puasa, ustazah tu tak buat kelas malam sebab dia pergi masjid sembahyang tarawikh, so, dia gantikan dengan hari sabtu & ahad. Kalau biasa mengaji Isnin sampai Khamis, 1 jam (ada ngaji, jawi, tauhid, sembahyang, etc), masa bulan puasa pulak dia buat 2 jam hari Sabtu & Ahad. Tapi sebab anak aku sempat pergi 2 minggu pertama jer, bila aku bagi duit yuran, ustazah tu kata, "tak payah la, lagi pun 4 kali jer anak you datang, segan la i kalau u bayar," Aku tak kisah, pada aku, anak aku pergi belajar, itu keringat ustazah tu, aku memang niat nak bayar. Aku just cakap, "I sedekah la ustazah,"

Nak jadi cerita, satu hari nie parents si POLAN nie datang rumah dia, duduk la dalam 3-4 hari. Satu petang nie, aku berkesempatan la berborak dengan emak si POLAN nie. Time tu, si POLAN belum balik kerja. Gaya emak si POLAN nie sama jer dengan si POLAN nie, suka nak mempertikaikan family aku. Kononnya, aku tak hantar anak pergi sekolah agama la, nanti anak tu tak tahu agama. Tak macam dia, dia kata dia hantar anak sekolah agama pagi, petang sekolah kebangsaan, then malam mengaji (even banyak tak pergi dari perginya..), sebab dia nak nanti bila dia mati, anak dia yang taklinkan dia. Niat dia tu sungguh murni ok, tapi tak payah nak mengutuk anak orang & angkat puji anak sendiri depan orang lain.

Kata emak si POLAN nie kat aku, "tadi opah ajar ID (lets its known as that, ID is anak si POLAN yg 1st), ustazah tu ajar tak betul. Dengung salah, panjang pendek berterabur. Nie dah 2 bulan lebih tak mengaji. Tak bagitahu kenapa, dah tak nak ajar mengaji, kena la bagitahu orang, nie tidak.." ADUH, hebat sungguh gaya-gaya orang ALIM mengutuk orang ya?

Aku angkat kening, memang la hormat kan orang tua tapi sampai part kutuk ustazah, to me its too much la kan. So, aku jawab la,:

"La, kan ustazah ada bagitahu yang dia pergi Mekah, buat haji? Ada buat kenduri sebelum pergi haji hari tu? Si POLAN tak tahu ker? La, patutlah, si ID pun memang dah lama tak pergi mengaji, kadang-kadang sampai 2 bulan straight tak pergi mengaji. Kata ayah dia, senang, tak payah bayar duit mengaji.."

To me, benda yang kita tak pasti, jangan la nak main tuduh-tuduh, bila bercakap dengan gaya mulut yang muncung-muncung lagi. Yang diperkatakan tu USTAZAH, yang mengajar anak tu mengaji pulak... Kata orang tu macam-macam, tak ajar cucu mengaji betul-betul, padahal cucu tu dalam sebulan ada la 3 kali pergi mengaji, mana nak ingat mana dengung, mana panjang, mana pendek. Kata ustazah tak buat kelas la, dah tak nak ajar la, padahal orang tu ada kat Rumah Allah tu tengah beribadat..

Tak sampai setengah jam, si POLAN & laki dia balik dari kerja. Diaorang pun dok sama join aku dengan emak dia berborak la kononnya kan? Then si POLAN bersuara (I belief yang emak dia ada cakap pasal anak POLAN, si ID nie mengaji tak betul, etc), "Kesian ID, ustazah tu ajar mengaji tak betul, dengung tak betul, harakat salah,.." Tu macam nak hempuk kat kepala aku la tu, sebab aku hantar anak aku ngaji kat situ, lepas tu baru dia ikut hantar sana.

Enak si POLAN terus jawab, "Eh POLAN, kau tak tahu ker ustazah pergi Mekah?"

Muka si POLAN masa tu Tuhan jer yang tahu.

SI POLAN: Ye ker? Tak de pun ustazah bagitahu...

Aku: La, ingatkat you tahu, kan ustazah ada buat kenduri sebelum dia pergi tu? May be sebab ID dah berbulan tak pergi mengaji kot, tu yang tak tahu tu.

Husband SI POLAN: Alah, yang dok silap baca tu bukan ustazah tak ajar, kan ke ID dah lama tak pergi mengaji. Kat rumah pun kita tak suruh dia mengaji...

Then, AYAH SI POLAN yang dari tadi dok perati EMAK SI POLAN dok mengutuk ustazah, then masuk pulak anak kesayangan dia pun sama kutuk hempuk ustazah MULA BERSUARA:

AYAH SI POLAN: Lain kali, periksa dulu. Jangan asyik suka dok kata orang lain salah. Padahal cucu awak yang tak pergi mengaji, anak awak yang tak latih dia mengaji kat rumah, nak salahkan ustazah. Dengar sangat cakap anak tu. Kalau apa-apa jadi kat kita, jadi kat ustazah tu, kita tak sempat mintak maaf, macam mana?

Ambik kau!!! Ustazah pun boleh jadi isu mengata diaorang. Cuba bayangkan orang lain? Pada aku, kalau rasa ustazah tu ajar anak kau tak betul, kau sendiri la ajar yang betul, kan? Kalau kau rasa emak kau ajar tu lagi baik dari kau hantar anak mengaji kat orang lain, suruh la emak kau aje yang ajar anak tu.. Senang cerita. Aku tak pernah nak pertikaikan apa yang ustazah or mana-mana cikgu ajar anak aku (melainkan hal SUSU 1MALAYSIA & LUKISAN - tu pun En Zim yang bising sebab cara cikgu ajar lukis salah!! Nak kata apa kan, may be cikgu tak tahu yang sang inventor, sang architect nie sebenarnya an artist yang dah buat solo art exhibition..)..