Ok, kita sambung kisah lagi...
DUA
Si POLAN yang aku kisahkan kat bawah tadi tu, senang cerita, anak dia mengaji kat tempat yang sama dengan anak aku. Tapi, anak dia nie jenis ikut suka nak datang ke tak, selalunya tak datang la kan. Kalau tak datang mengaji tu, bukan la kira sehari dua, kadang-kadang, terus sebulan. Bila aku tanya laki si POLAN nie, jawapan dia senang jer, "Senang, sebulan tak payah bayar duit ustazah..." Aku pun heran, kenapa la nak berkira sangat, sebab ustazah tu pun pada aku, tak la berkira. Pernah sekali tahun lepas, bulan puasa, ustazah tu tak buat kelas malam sebab dia pergi masjid sembahyang tarawikh, so, dia gantikan dengan hari sabtu & ahad. Kalau biasa mengaji Isnin sampai Khamis, 1 jam (ada ngaji, jawi, tauhid, sembahyang, etc), masa bulan puasa pulak dia buat 2 jam hari Sabtu & Ahad. Tapi sebab anak aku sempat pergi 2 minggu pertama jer, bila aku bagi duit yuran, ustazah tu kata, "tak payah la, lagi pun 4 kali jer anak you datang, segan la i kalau u bayar," Aku tak kisah, pada aku, anak aku pergi belajar, itu keringat ustazah tu, aku memang niat nak bayar. Aku just cakap, "I sedekah la ustazah,"
Nak jadi cerita, satu hari nie parents si POLAN nie datang rumah dia, duduk la dalam 3-4 hari. Satu petang nie, aku berkesempatan la berborak dengan emak si POLAN nie. Time tu, si POLAN belum balik kerja. Gaya emak si POLAN nie sama jer dengan si POLAN nie, suka nak mempertikaikan family aku. Kononnya, aku tak hantar anak pergi sekolah agama la, nanti anak tu tak tahu agama. Tak macam dia, dia kata dia hantar anak sekolah agama pagi, petang sekolah kebangsaan, then malam mengaji (even banyak tak pergi dari perginya..), sebab dia nak nanti bila dia mati, anak dia yang taklinkan dia. Niat dia tu sungguh murni ok, tapi tak payah nak mengutuk anak orang & angkat puji anak sendiri depan orang lain.
Kata emak si POLAN nie kat aku, "tadi opah ajar ID (lets its known as that, ID is anak si POLAN yg 1st), ustazah tu ajar tak betul. Dengung salah, panjang pendek berterabur. Nie dah 2 bulan lebih tak mengaji. Tak bagitahu kenapa, dah tak nak ajar mengaji, kena la bagitahu orang, nie tidak.." ADUH, hebat sungguh gaya-gaya orang ALIM mengutuk orang ya?
Aku angkat kening, memang la hormat kan orang tua tapi sampai part kutuk ustazah, to me its too much la kan. So, aku jawab la,:
"La, kan ustazah ada bagitahu yang dia pergi Mekah, buat haji? Ada buat kenduri sebelum pergi haji hari tu? Si POLAN tak tahu ker? La, patutlah, si ID pun memang dah lama tak pergi mengaji, kadang-kadang sampai 2 bulan straight tak pergi mengaji. Kata ayah dia, senang, tak payah bayar duit mengaji.."
To me, benda yang kita tak pasti, jangan la nak main tuduh-tuduh, bila bercakap dengan gaya mulut yang muncung-muncung lagi. Yang diperkatakan tu USTAZAH, yang mengajar anak tu mengaji pulak... Kata orang tu macam-macam, tak ajar cucu mengaji betul-betul, padahal cucu tu dalam sebulan ada la 3 kali pergi mengaji, mana nak ingat mana dengung, mana panjang, mana pendek. Kata ustazah tak buat kelas la, dah tak nak ajar la, padahal orang tu ada kat Rumah Allah tu tengah beribadat..
Tak sampai setengah jam, si POLAN & laki dia balik dari kerja. Diaorang pun dok sama join aku dengan emak dia berborak la kononnya kan? Then si POLAN bersuara (I belief yang emak dia ada cakap pasal anak POLAN, si ID nie mengaji tak betul, etc), "Kesian ID, ustazah tu ajar mengaji tak betul, dengung tak betul, harakat salah,.." Tu macam nak hempuk kat kepala aku la tu, sebab aku hantar anak aku ngaji kat situ, lepas tu baru dia ikut hantar sana.
Enak si POLAN terus jawab, "Eh POLAN, kau tak tahu ker ustazah pergi Mekah?"
Muka si POLAN masa tu Tuhan jer yang tahu.
SI POLAN: Ye ker? Tak de pun ustazah bagitahu...
Aku: La, ingatkat you tahu, kan ustazah ada buat kenduri sebelum dia pergi tu? May be sebab ID dah berbulan tak pergi mengaji kot, tu yang tak tahu tu.
Husband SI POLAN: Alah, yang dok silap baca tu bukan ustazah tak ajar, kan ke ID dah lama tak pergi mengaji. Kat rumah pun kita tak suruh dia mengaji...
Then, AYAH SI POLAN yang dari tadi dok perati EMAK SI POLAN dok mengutuk ustazah, then masuk pulak anak kesayangan dia pun sama kutuk hempuk ustazah MULA BERSUARA:
AYAH SI POLAN: Lain kali, periksa dulu. Jangan asyik suka dok kata orang lain salah. Padahal cucu awak yang tak pergi mengaji, anak awak yang tak latih dia mengaji kat rumah, nak salahkan ustazah. Dengar sangat cakap anak tu. Kalau apa-apa jadi kat kita, jadi kat ustazah tu, kita tak sempat mintak maaf, macam mana?
No comments:
Post a Comment