Siapa yang baru nak start baca, aku suggest korang baca 2 post yang terdahulu, which aku ada note kan SATU & DUA.
TIGA
Si POLAN nie dengan laki dia selalu cerita yang diaorang selalu rasa sakit-sakit, esp laki dia. Bila pergi check doctor, doctor kata semua ok. Blood pressure ok, jantung ok, semua ok. But then, laki dia makin kurus, muka makin pucat macam tak de darah, sampai orang kat office pun banyak kali tegur. Dia ada ajak laki dia pergi berubat kampung tapi laki dia tak mahu.
Nak dijadikan cerita, dalam masa lai dia tak sihat tu, banyak kali jugaklah yang laki dia tak pergi kerja. Kalau pergi pun, tengahhari dah balik. Ada jugak aku tanya, dia just jawab, 'tak sihat' or 'tak sedap badan'. Lebih 2 minggu jugaklah keadaan dia macam tu. As a human, ikhlas dari hati aku, aku kesian. Tak kisahlah macam mana teruk pun diaorang pernah buat aku terasa, tak kisahlah yang diaorang selalu terang-terangan kata aku nie tak kenal agama, tapi orang dah sakit depan mata, aku tak de la rasa sikit pun nak kata padan muka ok!!!
One day nie, lepas hantar anak aku pergi sekolah (sekolah sessi petang), aku straight pergi Poslaju, bayar bil Poslaju. Poslaju tu bukan dekat dengan rumah ya, dekat area nak ke Nilai 3 tu. Tapi sebab aku dah kontrak dengan diaorang and aku lebih selesa bayar bil kat office sendiri daripada kirimkan kat staff yang datang ambik pick-up, so aku pergi. Lepas Poslaju, aku straight pergi Mantin, hantar barang kat customer. Masa on the way hantar barang tu, laki si POLAN nie call aku. Suara dia amat weak, amat sangat!!!
Dia mintak tolong aku belikan lunch untuk dia sebab dia tak larat nak keluar. Aku cakap, "aku kat Mantin nie, lambat sikit la." Actually, lepas hantar barang kat Mantin, aku nak ke Kota Warisan, Sepang, rumah kawan aku. Tapi, tak pe la, aku boleh singgah balik rumah balik, hantarkan makanan untuk laki si POLAN nie. Fine, aku kesian. Maka terbatallah hasrat aku & anak aku yang kecik nie nak pergi makan lunch kat Tesco. Sebab aku plan nak lunch dulu sebelum pergi rumah member aku. Yelah, dia tengah dalam pantang, walau idak la beriya sangat pantangnya member aku nie, tapi aku tak nak la menyusahkan dia.
Aku siap beli makanan yang macam dia mintak, then baru aku pergi rumah kawan aku.
After a month, laki si POLAN nie dah ok la. Then, diaorang pun nak pergi holiday sempena cuti sekolah agaknya. Aku memang ada cakap dengan dia yang aku nak pesan mintak dia tolong belikan chocolate, nanti aku bagi duit. Entah macam mana, tak sempat pulak jumpa dia, tahu-tahu dia dah pergi. Aku pun sms la dia, mitak tolong dia belikan chocolate tu, siap aku MMS lagi gambar chocolatenya kat si POLAN dengan laki dia. Aku hantar SMS & MMS kat dua-dua, ok!!
Hari si POLAN nie balik dari holiday dia, diaorang ada SMS laki aku, mintak tolong ambik diaorang kat airport. To be sincere, aku memang frust la sebab laki aku agree nak ambik diaorang kat airport sebab masa tu kitaorang kat KL and we plan for a movie pukul 5pm. Flight diaorang sampai airport dalam pukul 6.45pm, so that, masa tu pukul 4pm, we all rushing balik rumah.
Lepas laki aku balik dari ambik diaorang kat airport, laki aku bagitahu aku yang si POLAN tak beli chocolate yang aku pesan sebab dia kata diaorang tak faham apa yang aku nak suruh beli. Dia kata, tak tahu pun yang aku send tu gambar chocolate!!! WTF??? Aku rasa, kalau kau pergi kedai jual chocolate, tunjuk gambar yang aku MMS tu pun budak kedai tu boleh ambikkan!!! Aku amat confuse, aku capai i-phone laki aku, pergi kat message tu... ada MMS gambar chocolate, ada SMS yang kata "tolong belikan chocolate nie kat...."
As usual, laki aku nie memang malas nak layan aku yang akan start bising-bising, dia buat tak tahu aje. Dia kata, "nanti kita pergi beli la kat airport.." Masalahnya, aku kalau nak beli kat airport, aku dah beli dah 2 hari lepas masa ambik laki aku balik dari Terengganu. Aku tak beli sebab harganya mak oiii... Aku mintak si POLAN nie beli kat kedai duty free kat sana tu sebab harganya 70% lagi murah daripada harga kat airport!!!
Tengah aku tarik muka 14, hp aku bunyi, si POLAN call aku. Aku memang malas nak jawab, but aku nak dengar apa yang dia nak kata.
Si POLAN: Sorry la u, kitaorang tak faham apa yang u mintak belikan... Gambar tu tak pernah tengok pun...
Aku: Tapi kat SMS tu kan ada tulis, chocolate...
Si POLAN: Tak perasan ada tulis coklat pun, jap check... U, u tulis CHOCOLATE, bukan coklat..
Aku: CHOCOLATE tu ejaan english. Tapi kalau tak faham, kenapa tak SMS or call tanya? Korang pun tetiap hari SMS, mintak tolong angkat kain la, itu la, jemput kat airport la, takkan tak boleh bagitahu yang korang tak paham I mintak beli COKLAT!!!
Si POLAN: Dah tanya KH (laki dia) dah, dia kata, tak faham, dah la, tak payah beli...
Aku: Ok la, nanti I beli sendiri kat airport
Si POLAN: U mengidam yer??? (tanya sambil suara manja yang buat aku rasa nak sepak ok!!!)
Aku: I don't need to be pregnant to eat chocolate, ok! Kalau aku mengidam, aku mintak benda yang lagi mahal!!
Aku tak faham apa motifnya:
1. For people so called EDUCATED, ada master, takkan kau tak faham CHOCOLATE tu bahasa mat salleh untuk coklat? Aku bukan guna bahasa Perancis pun sampai kau tak boleh nak faham??? Kesian betul, anak aku pun tahu CHOCOLATE tu apa maknanya!!
2. Mula2 kata kat kali aku, TAK FAHAM apa yang aku mintak belikan, then kata kat aku TAK PERASAN aku ada bagitahu suruh belikan chocolate, then cakap pulak, aku tak de tulis pun COKLAT, aku tulis CHOCOLATE (dia siap eja kat aku ya!!!).
3. Tak faham MMS aku hantar, tak pernah tengok rupa chocolate tu... fine.. Kat hp tu ada button REPLY kan? susah sangat ker nak SMS aku kalau kau berkira sangat nak call aku takut bill banyak? Just SMS me and ask me WTF that i'm asking to buy la!!! Stupid!!!
4. Tak tanya aku, tak SMS aku sebab laki dia kata, tak faham tak payah la beli... This part memang aku very upset sangat. Aku nie berkejar belikan makan untuk dia masa dia sakit, aku yang tolong itu ini masa laki dia tak larat nak pergi kedai, aku mintak tolong belikan chocolate pun berkira? Apalah jenis manusia nie
Ok, enough!!! Aku rasa, sampai sini la aku punya 'baik hati' nak tolong & bermesra dengan diaorang nie. Aku tak kemaruk ok, tapi aku rasa, bila kita tolong orang, and orang buat muka sampah bila kita mintak tolong, its too much!!! Aku nie, marah macam mana dengan orang pun, bila orang susah aku tetap ada rasa simpati. Tapi sesetengah orang tu, memang tergolong dalam golongan MANUSIA YANG MEMANG TAK PATUT KITA BUAT BAIK LANGSUNG!!!
Nie la CHOCOLATE yang aku nak, memang la tak mahal sangat, biasa2 jer.. Tapi, takkan nak kena tunggu aku pregnant baru orang terbukak hati nak belikan kan? Lagipun, aku bayar la!!! |