Lama aku tak menulis, busy.. Memang busy tak ingat!!! Biasalah, it doesn’t mean that I’m not a fulltime employees, aku tak busy kan? Kalau tanya kaum sejenis dengan aku (yang dah kawin & beranak pinak + tanpa MAID yer!!), mesti diaorang akan kata, orang yang tak bekerja atau bekerja dari rumah tu lagi busy...
Nie aku nak cerita pasal 1 ucapan yang ada 2 perkataan, yang senang sungguh nak cakap tapi amat berat & kekadang payah giller untuk sesetengah orang ucapkan. TERIMA KASIH (Bahasa Melayu), THANK YOU / THANKS (Kalau la kot2 rasa thank you tu panjang sgt, thanks pun boleh terima la), SYUKRAN (Arab), 谢谢 (siea-siea – Chinese), धन्यवाद (Hindi… kot-kot korang ada keturunan Shah Rukh Khan kan…)
Cukuplah yg basic-basic kan... Kang nanti korang terperanjat lak tengok banyak sangat bahasa yang aku tahu. Tapi aku rasa, kalau macam Japanees Languange & French tu yang basic-basic aku ingat lagi la... Aku masa sekolah dulu kat MOZAC (Science Muzaffar) ada offer Arabic & French, and masa attached dengan MVC Management Services (Mid Valley City), semua staff kena masuk class Japanees, Mandrin, etc...
Ok, aku bukan la nak bagitahu satu dunia yang aku belajar banyak bahasa. Apa yang aku nak bagitahu, aku rasa umat Malaysia nie, terutama Melayu, bangsa aku sendiri, yang sepatutnya kaya dengan budi bahasa nie, amat la payah nak cakap TERIMA KASIH. Tak payah lah nak nafikan, memang penyakit nie dah berjangkit and virus nie bukan jer menyakitkan hati orang yang menolong, tapi buat orang yang tolong kita tu menyumpah-nyumpah sambil dalam hati berkira-kira..; “lepas nie memang aku tak kuasa nak tolong lagi”...
Aku dulu pun macam tu jugak. Al-maklumlah kan, aku dulu-dulu kerja dengan company bangsa yang satu tu (nama company tu pun dia letak nama dia sendiri...). kat situ ada satu Director nie memang kiasu giller. Dia pun dulu-dulu asalnya secretary cabuk jer, tapi sebab dia nie pandai manipulate la, dia bertahan lama (tapi last-last kena terminate gaks, tapi lepas dia dah kaya-raya la).. Bila kerja dengan orang-orang macam nie, tak pernah la aku dengar sepatah pun terima kasih ke, thank you ke, hapa ker... Pada dia, ‘aku bayar gaji kau, kau buat keje, apa hal lak nak cakap terima kasih?’
Tapi bila aku attached dengan company lain, nilai-nilai holistik & kemanusiaan tu amat banyak sekali. Jadi, berubah pada yang lebih baik tu bagus kan? So, aku dah mula berterima kasih dengan orang, even mak cik cleaner...
Sebenarnya, dah dekat seminggu aku panas hati dengan seorang mamat nie, yang perasan bagus sungguh. Dia nie lagi muda daripada aku, tapi mak bapak dia kaya raya la. Aku ada terima satu jemputan, bila orang dah jemput, aku datang la. Sehari sebelum hari kejadian tu, aku terima sms dari mamat poyo nie. Dia mintak tolong kat aku, merayu-rayu, mintak aku jadi notes / report taker untuk event dia. Ala-ala secretary la tu.. Amat terlalu last minutes, dan terus mematikan keterujaan aku nak pergi event tu. Tapi, sebab husband aku antara tetamu, aku pegi la jugak dengan hati yang...
Masa event tu, banyak kali la pulak dia sound-sound aku... kejap-kejap dia cakap, “kak, jangan lupa ambik reports”... “kak, lepas nie I tak tulis kat white board dah”... Ye la dik oii, tulisan kau pun bukannya cantik sangat. Sumpah aku tak paham esp kau punya short terms tu.. Tak menggambarkan business terms langsung!!!
Event tu bukan sejam dua yer korang, event tu sehari suntuk... Sakit jugak jiwa aku, tapi dek kerana husband aku ada sama, aku layan jer la. Tetiba, section lepas kunch, before tea-break, ada someone nie tanya aku, “eh, you notes taker ker?” Aku dengan muka muncung, senyum jer la, tapi nampak sangat la senyum tu senyum terpaksa...
Event tu habis dalam pukul 10 malam. Sampai rumah, aku memang penat giller, terus tido. Event tu hari Sabtu, dan hari Ahad tu, memang la hari aku bersantai satu family... Idak la aku jengah pun report yang disuruhnya aku buat tu kan...
Hari Isnin aku kena out of my lappy, pergi menjengah Xbites kat UKM. Lagi sekali aku dapat SMS dari mamat tu... “Kak, possible to submit the report by today? Need it ASAP”
Dan replied from me, “Im out today, kalau sempat, esok la”
Malam tu aku meroyan dengan husband aku, dekat 10 kali aku ulang ayat nie, “Dah la mintak tolong, nak push-push pulak”
Tengah malam pukul 1am aku sent email kat mamat poyo tu. Esoknya, aku tunggu-tunggu gak la, kot-kot dia reply email aku. Haram tak de ok!!! Sampai hari nie, dah nak masuk seminggu, sepatah TERIMA KASIH pun tak de. SMS ker, email ker, tak de nyer... Masa nak mintak tolong tu, bukan main lagi, kejap2 SMS, kejap-kejap call... Biasa la kan, gaya orang nak mintak tolong!!!
Lepas nie, jangan kau harap aku nak pegi kau punya event, nasib kau lah labu!!!
Nilai murni - Ucapan TERIMA KASIH tidak memerlukan kita untuk mengeluarkan walau sesen pun tapi, bukan semua orang mampu melakukannya... Harap-harap, kita tidak tergolong dalam golongan itu...