eat pray love - leen
Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

My Husband, My Love & My Life



Ada orang pernah tanya aku,:

“Husband Kak Eleen tu orang politik ker? Selalu tengok keluar tv & paper”

Err, termenung kejap aku nak menjawabnya. Macam mana nak jawab yer? Nak bagi jawapan based on sekarang ker, yang dulu? Last2, aku jawab, “TAK LA”

To whom that know my husband for quite a long time, I know what do you have in mind. “TIPU,” and what else?

Aku tak tipu, sebab orang tu tanya aku, husband aku orang politik ke, so my answer based on the present one. But he WAS once upon a time.

Tuhan tu Maha Kaya, Maha Berkuasa. Arwah atuk aku was in politic arena dulu, and lepas dia melepaskan diri dari bidang tu, tak ada satu pun anak-anak dia, mahupun sekarang nie, cucu-cucu dia yang brminat nak mencuba mendekatkan diri dengan politik. NONE ok!!! Setakat bercakap-cakap pasal politik masa time nak dekat pilihanraya tu ada la, tapi be get involve into it,TIADA, ZERO.

Ya, aku pernah di approach untuk join tapi aku tak mahu mencuba. Setakat jadi tukang sokong member yang join tu, bolehlah. Takdir menemukan aku dengan Azimin,and guess what??? Amat terperanjat ya amat bila aku dapat tahu dia masa tu sedak aktif berpolitik. Nak buat macam mana kan, so, I just let it be la. Takkan aku nak cakap, “kalau nak kawan dgn I, jgn la join politik nie.” Kang buatnya dia tak jadi kawan dgn aku, ambik kau!!

When our relationship became more serious, and I can see the ‘political’ issue tu sedikit sebanyak buat relationship kitaorang jadi agak ‘panas’. Sebabnya, aku adalah insan yang TIDAK berminat dengan isu-isu politik nie. Kau cakap la apa pun, sah-sah aku jungkit nahu. Paling banyak aku jawab pun, “ENTAH” & “I TAK MASUK CAMPUR”.

And, a month after our marriage, laki aku resign dari politik-politik nie. It was a big surprised for me la kan sebab aku tahu, selama nie dia banyak scarified tapi dalam hati, aku happy sangat2!!!

To answer most of the questions yang ditanyakan kat aku, jawapannya HE WAS IN POLITIC ARENA BUT NO LONGER NOW…

Aku mahukan kehidupan macam orang biasa, aku mahu yang serdehana, yang tidak menyusahkan dan tidak membebankan. Jadi, aku rasa, aku & suami buat satu pilihan yang betul…

Wednesday, April 20, 2011

SAHM!!!

Lama sungguh aku tak masukkan apa2 entry kat sini... 
Agak busy jugak sebenarnya
Siapa kata dok umah tak busy?
Ok, my next entry will be about SAHM
Apa tu SAHM?
STAY AT HOME MOTHER
Stay Tune!!!

Wednesday, February 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY ALAM FIRDAUS FARHIN

ALAM FIRDAUS FARHIN BIN AZIMIN SAMSUL

Punyalah panjang nama my son yang seorang nie. Mana taknya, Alam Firdaus tu datangnya dari daddynya & mummynya pun of course tak nak kalah. Bagi jugak nama, puas pikir, apalah nama yang matching & sedap nak disambungkan belakang nama Alam Firdaus tu. Dapatlah Farhin (mula2 nak Fahrin sebab masa tu Fahrin Ahmad tengah top meletup la kan tapi daddynya tak suka... Masa nak pergi register kat JPN siap remind daddynya, jangan cuba2 nak tukar nama lain yer, siap nanti!!!

17th Feb 2011 nie genap umur dia 4 tahun. Puas jugak nak membesarkan budak seorang nie. He was born on 17th Feb 2007, 3.37pm with 3.7kg at KPJ Kajang by c-sor... Eve Chinese New Year masa tu, nurse pun jenuh nak melayan, lagi2 nurse Cina yang tak dapat cuti... hehehe, masa tu aku belum attached lagi dengan KPJ, kalau tak mesti semua terpaksa senyum giler-giler melayan aku. 
This is my hero, the one and only son so far... Fuh, ingtakan anak lelaki senang nak layan. Melayan toys nyer ajer, cukup mengeringkan poket. Nasib baik daddynya rajin layan, nasiblah, anak daddy kan!!!